“Assalamaulaikum, papa.” Anis menyalami tangan Encik Haikal.
Encik haikal menjawab salam sambil mengambil beg yang berada di muka pintu. Di letakkan beg itu di atas meja. Encik Haikal melabuhkan punggungnya di atas sofa. Anis duduk di sebelah Encik Haikal. Perjalanan yang memakan masa selama 6 jam membuatkan badannya lenguh. Di picit-picit bahunya.
“Adik penat?” soal Encik Haikal.
“Ya papa. Lama sangat dalam bas tadi. Penat berjalan pun tak hilang lagi.”
“Abang Ikram mana?”
“Abang Ikram kena balik office balik sebab dia ada dating dengan awek dia la.” Jawab Anis.
“Awek? Sejak bila abang ada awek. Papa tak tahu pun.” Ujar Encik Haikal sambil mengerut dahinya.
“Awek dia yang ada kat office tu. Yang berlambak atas meja tu. Banyak papa. Bertimbun-timbun awek abang.” Anis tergelak. Dapat dia mengusik Encik Haikal.
“Maksud adik kerja kat office? Eee…adik ni geram papa tau. Cakap la kerja. Aadik ni kan.”
“Jangan marah.” Anis tersengih. Encik Haikal menarik pipi ananknya itu.
“
Seronok berjalan?”
Anis memandang Encik Haikal dengan senyuman terukir di bibir.
“Seronok papa. Adik pergi Alor Setar dan Sik. Padang Besar pun adik pergi. Apa lagi shopping.”
“Seronok dari balik rumah sendiri?”
Hilang senyuman yang terukir di wajahnya. Kata-kata papa tadi seperti memerlinya. Anis tahu yang Encik Haikal berjauh hati dengannya kerana tidak mahu menghabiskan masa cutinya di rumah.
“Papa kenapa cakap macam tu? Papa tahu kan kenapa adik tak nak balik rumah. Adik balik ni pun sebab adik rindukan papa tau.” Anis melentokkan kepalanya di bahu Encik Haikal.
Encik Haikal tersenyum.
“Adik belikan apa untuk papa?” soal Encik Haikal memecah keheningan.
Anis bangun lalu membuka beg pakaiannya.
“Ini untuk papa.” Ujar Anis sambil menyerah sepasang baju melayu berwarna putih kepada Encik Haikal. Dia telah belikan baju melayu untuk Encik Haikal dan Pak Mat. Manakala baju kurung kepada Puan Sofea dan Mak Yah. T-shirt untuk abang Ikram.
“Adik belikan baju melayu pada papa. Kat sini pun papa boleh beli.”
“Papa nak ke tak nak? Kalau tak nak adik ambil balik.” Ujar Anis sambil memegang hujung baju melayu itu.
Encik Haikal menarik balik.
“Dah bagi mana boleh minta balik. Orang tua-tua kata nanti buruk siku.” Ujar Encik haikal sambil tersengih.
“Papa pun orang tua juga kan?” Anis mengenyit mata.
“Ooo…nak kenakan papa la tu.”
“Bukan selalu dapat kenakan papa. Adik rindu kat papa sangat tau.” Anis memegang tangan Encik haikal.
“Papa pun. Adik pun satu kenapa beli baju melayu warna putih. Macam suruh papa kahwin lagi je.”
“Kalau awak nak kahwin lagi. Langkah mayat saya dulu. Saya tak akan izinkan abang kahwin lain.” Ucap Puan Sofea yang dari tadi hanya memerhati dua beranak itu. Dia geram apabila melihat kemesraan Anis dengan suaminya. Dia tidak sukakannya. Dia tidak mahu Encik Haikal terlalu rapat dengan Anis.
Anis dan Encik Haikal menoleh ke belakang.
“Awak ni. Abang dengan adik bergurau je la. Jangan la marah.” Ujar Encik Haikal. Dia tidak suka Puan Sofea berkata sebegitu.
“Mana la tahu. Dia bagi baju tu ada maksud lain.” Perli Puan Sofea.
Anis bangun lalu menuju ke arah Puan Sofea. Baju kurung yang di belinya untuk mama di pegang rapat. Menggeletar tangannya tatkala menghulurkan baju itu.
“Ini untuk mama.”
“Baju murah macam ni nak bagi kat aku.” Puan Sofea menepis tangan Anis. Baju kurung tercampak ke lantai.
“Sofea.” Laung Encik Haikal. Dia terkejut dengan tindakan Puan Sofea.
Anis duduk lalu mengambil semula baju itu. Air mata mengalir laju di pipi. Di kesatnya dengan tangan. Dia tidak mahu Encik haikal tahu yang dia menangis.
“Kenapa awak buat macam tu?” soal Encik Haikal. Dia berjalan menuju ke arah Puan Sofea.
“Saya tak nak apa-apa pemberian dari dia.” Ujar Puan Sofea kasar.
“Anak kita dah bagi ambil la. Maknanya selama ini dia ingat kat kita walaupun kat mana dia berada. Kenapa awak buat macam tu. Kesian dia tahu tak.” Encik haikal memegang lengan Puan Sofea.
“Saya tak suka.” Ujar mPuan Sofea sambil menarik tangannya. Dia berlalu menuju ke dalam biliknya.
Anis memandang sayu ke Encik haikal.
“Papa minta adik maafkan mama ye sayang.” Ujar Encik haikal sambil memeluk Anis. Air mata yang mengalir lebih laju. Dia meyembamkan mukanya ke dada Encik haikal. Dia terasa dengan sikap mama yang tidak mahu menerima pemberiannya. Kalau tidak suka pun, jangan la memperlakukan sebegitu.
“Papa adik nak balik kampus.” Pinta Anis.
“Adik duduk la dua tiga hari lagi. Adik kan baru sampai. Jangan buat papa macam ni ye adik.”
Anis hanya memandang lantai. Di luah mati mak , di telan mati bapa. Kalau dia terus berada di sini, entah apa lagi yang mama akan katakan. Kalau balik sekarang, kesian pula pada papa yang terlalu rindukannya. Encik Haikal memeluk Anis. Dia tidak tahu apa lagi yang dia harus lakukan agar isterinya menerima kehadiran Anis di rumah ini.
“Hai guys. Lama ke tunggu?” Soal Imran dengan kuat. Bunyi lagu yang terlalu kuat di kelab memaksanya bercakap dengan kuat. Terdengar lagu Britney Spear, Gimme More. Dia bersalam-salaman dengan kawan-kawannya. Shafiq, Raja Kamarul dan seorang perempuan yang dia tidak kenali. Cun.
“Lama la juga. Ada la lima minit.” Jawab Shafiq.
“Ala baru lima minit. Bukan lama pun. Aku pergi modified kereta aku jap.” Ujar Imran sambil melabuhkan punggungnya di kerusi yang kosong bersebelahan dengan perempuan itu tadi.
“Ini yang cun ni siapa?” soal Imran sambil meletakkan tangannya di bahu perempuan itu. Perempuan itu pula tidak menepis tangannya. Perempuan itu rela.
“Ini Siti. Siti ini kawan I. Nama dia Imran. You kena hati-hati dengan dia tau, di pantang jumpa awek cun macam you.” Ujar Shafiq sambil mengenyitkan mata pada Imran.
“Siti..Siti Nurhaliza ke?” ujar Imran sambil mengosok bahu siti.
Tiba-tiba telefon bimbit Imran berbunyi. Tertera nama Anis di skrin.
“Hello...Anis ada apa?”
“Imran saya tak dengar la. Bising.” Ujar Anis.
“Cakap je la awak nak apa.”
“Tak apa la Imran. Saya hantar SMS kat awak je la. Saya tak dapat dengar apa yang awak cakap.” Anis menamatkan panggilan.
Beberapa minit kemudian, telefon Imran membunyikan nada ada SMS masuk. Di bukanya.
‘Imran. Ingat tau lusa kita kena jumpa dengan Prof. Kali saya yang kena present usul kita pada Prof. Minggu depan awak pula tau. Esok saya tunggu awak kat depan library kul 5 petang. Jangan tak datang.’ -Anis-
“Siapa tadi Imran?” tanya Raja Kamarul.
“Anis. Partner projek aku. Dia nak remind kan aku je. Kecoh ar minah ni. Due date projek lambat lagi. Sibuk nak siapkan cepat.” Imran membebel.
“Bagus apa kalau dapat partner macam tu. Lagi bagus kalau dapat siapkan projke lebih awal.
Nanti tak ada la kelam kabut. Bertuah dapat partner macam tu.” Ujar Raja Kamarul.
“Bagus apa. Relaks sudah la. Betul tak Imran?”
“Betul tu. Aku sokong seratus persen.”
“Aku nak jemput korang datang rumah aku minggu ni. Ibu aku ada buat majlis makan-makan.
Nak raikan aku pergi UK minggu depan.” Ujar Imran.
“Aku tak ada hak. Kau Shafiq?” soal Imran.
“Aku pun tak kisah. Aku memang tak ada rancangan lagi minggu ni.”
“Excuse me. I nak ke ladies jap ye.” Ujar Siti yang dari tadi hanya memandang mereka berborak.
“Imran. Aku ada cadangan apa kata kau bawa Anis ke majlis tu. Aku nak tengok juga budak perempuan yang kau cakapkan tu. Aku nak kau kenalkan Anis kat depan kita orang yang dia tu awek kau. Apa macam. Ada berani?” Usul Shafiq.
“Kalau aku bawa Anis ke sana. Kau nak bagi aku apa?”
“Aku bagi kau nombor telefon siti. Kau nak tak? Dari tadi aku tengok kau macam berminat je dengan dia.”
“Orait juga macam tu. Kalau aku tak bawa Anis pergi sana macam mana?”
“Kalau kau tak dapat bawa dia. Aku nak guna kereta kau seminggu. Deal?”
“Mana boleh. Aku baru je modified kereta tu. Aku tak bergaya lagi dengan kereta aku tu.” Ujar Imran. Keretanya baru saja ditukar rim kereta, lampu sisi dan lampu depan dengan gaya yang lebih sporty.
“So kau dah mengaku kalah la ni?”
“Okey okey lah. Deal. Kau Raja tak nak bertaruh ke?” tanya Imran.
“Tak nak la. Aku tak berminat dengan semua ni. Bagi aku la. Tak baik la korang buat macam tu. Ada ke bertaruh perempuan. Aku tak setuju dengan cara korang la.” Ujar Raja Kamarul.
“Ala tak nak tak pe. Kita orang tak kisah pun. Kau dari dulu macam tu. Kau bukannya ambil kisah pasal perempuan pun. Dalam geng kita ni, kau la yang paling baik.” Ucap Shafiq.
Tuesday, October 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment