Sudah seminggu aku berada di Kedah. Amy membawa aku berjalan-jalan di sekitar Sik dan Alor Setar. Kali pertama kali aku datang ke sini, aku hanya berpeluang berjalan di sekitar Sik. Kali ini aku aku berpeluang ke Alor Setar. Dahulu aku ingatkan Pasar Rabu hanya ada pada hari rabu, rupanya tidak. Pasar Rabu di buka aetiap hari. Aku ke Menara Alor Setar tapi aku tidak berpeluang naik ke atas kerana ketika kami sampai waktu perkhidmatan sudah tamat.
“Anis telefon.”
Laungan Amy mengejutkan lamunanku. Aku bangun dari pangkin lalu menuju ke arah Amy yang sedang menunggu di muka pintu.
“Assalamualaikum.”
Kedengaran suara Abang Ikram.
“Waalaikumussalam, abang.” Jawab Anis dengan gembira.
“Amboi gembiranya adik. Adik sihat? Seronok pergi sana?” soal Abang Ikram.
“Seronok abang. Banyak tempat adik pergi. Jalan-jalan, cuci-cuci mata.”
“Adik siapa la yang gatal sangat ni?”
“Adik siapa lagi. Adik abang la.” Anis tergelak kecil.
“Kita nak kenakan dia, dia kenakan kita balik.” Rungut Abang Ikram.
“Adik bila balik?”
“Lusa. Esok adik nak pergi Padang Besar nak shopping. Sukanya.”
“Kalau shopping laju je dia. Kalau suruh balik rumah, banyak je alasan ye. Jangan lupa belikan hadiah untuk abang. Kalau tak belikan siap la adik.” Ujar Abang Ikram mengugut.
“Abang ni. Adik merajuk karang baru tahu. Baru je cadang nak balik rumah tapi tak jadi lah macam ni.”
“Betul ke adik nak balik? Bila? Pukul berapa? Nanti siapa yang jemput?” Soal Abang Ikram.
“Banyak betul soalan abang. Satu, satu boleh tak. Lusa la adik balik. Naik bas kul9. Abang la yang jemput adik kat stesen bas. Barang banyak ni. Shopping je kat sini.”
“Betul ke adik nak balik. Tak takut dengan mama ke?” Sakat Abang Ikram.
“Takut tu takut. Adik dah fikir masak-masak. Adik nak balik rumah.” Jawab Anis.
“Ye ke nanti mama makan adik macam mana. Dah la adik ni makin kurus. Tak sedap langsung nak di jadikan makanan.”
“Abang ni kan. Tak jadi balik la macam ni.” Anis merajuk.
“Abang gurau je. Adik balik ye. Papa pun dah rindukan papa sangat tau. Tiap-tiap hari dia tanya pasal adik je. Tak kesian kat abang ke. Balik ye.” Pujuk Abang Ikram.
“Ye adik balik, abang. Tadi saja buat merajuk.” Anis terkekeh-kekeh.
“Macam tu la adik abang. Nanti abang bagitahu papa tentu dia gembira bila dapat tahu yang adik nak balik.”
“Amy cantik tak T-shirt ni?” soal Anis sambil menunjukkan T-shirt biru berbelang putih. Amy mengangguk.
“Kau nak belikan untuk Imran ke?”
Anis membulatkan matanya. Dia mencubit tangan Amy.
“Aduh sakit la.” Rungut Amy. Di pegang tangan yang terkena cubitan Anis.
“Tu la. Mulut tak nak jaga sangat. Aku belikan untuk abang kesayangan aku tu la. Semalam siap ugut lagi kalau aku tak belikan hadiah untuk dia. Lagipun buat apa aku nak belikan untuk Imran. Dia tak ada kaitan langsung dengan aku. Kau ni suka sangat ejek aku dengan Imran tu. Aku tak suka tau.”Ujar Anis sambil membelek baju lain.
“Mana la aku tahu kau nak beli baju tu untuk Abang Ikram tapi kalau kau nak belikan untuk Imran pun apa salahnya.” Amy tersenyum manja.
“Mengada la kau. Aku nak bayar baju ni jap.” Ujar Anis sambil memberikan baju tadi kepada pembantu kedai.
“Anis kau tak nak belanja aku ke? Baju sehelai ke?” soal Amy.
“Ambil la yang mana kau nak. Nanti ku bayarkan. Aku tunggu kau kat kaunter. Jangan ambil yang mahal sangat aku tak mampu.” Ujar Anis lalu ke kaunter bayaran.
Amy memandang Anis yang berlalu pergi. Selama ini, Anis memang tak kedekut dengannya. Kalau dia tiada wang, Anis yang berikan padanya. Anis tak pernah memintanya untuk membayar balik duit itu. Bagi dirinya walaupun Anis anak orang kaya tapi dia tak pernah tunjukkan seperti sesetengah anak orang kaya yang lain. Anis terlalu baik orangnya.
Wednesday, September 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment