Tuesday, October 13, 2009

PELUANG KEDUA 10

“Awak nak bawa saya ke mana ni?” soal Anis gusar. Tindakan Imran yang menyuruhnya turun ke pintu pagar mahalah sebentar tadi. Dia menyuruh Anis bersiap sambil menyerahkan beg kertas yang mengandungi sepasang baju kurung moden berwarna ungu. Pada mulanya puas Anis menolak tetapi di pujuk oleh Imran. Barulah Anis bersetuju. Imran kelihatan berlainan hari ni.

‘Kenapalah aku setuju nak ikut mamat ni. Malam pula tu. Kalau dia buat apa-apa kat aku macam mana.’ Bisik hati Anis. Di tutup dadanya dengan tangan.

“Awak ikut je la. Jangan banyak tanya boleh tak.” Jawab Imran sambil menumpukan perhatian pada jalan raya yang berada di hadapannya. Memandu pada waktu malam membuatkan dia lebih berhati-hati. Bawa anak dara orang pula tu. ‘Kalau bapa Anis tahu ni. Mati aku.’

“Awak jangan buat perkara yang bukan-bukan ye. Saya tahu silat.” Ucap Anis sambil menyilangkan tangan seperti tangan Ultraman. Sebenarnya dia tidak tahu apa-apa mengenai silat. Tak pernah belajar pun. Setakat nak tumbuk atau penampar boleh lah. Dia hanya mahu mengacah Imran. ‘Bukan dia tahu pun yang aku tak tahu silat.’

Pecah ketawa Imran.

“Itu bukan silat tapi macam nak lawan dinasour. Awak ni macam budak-budak. Masih tengok cerita ultraman lagi ke. Kalau silat awak macam tu, saya tak takut pun. Awak tahu silat? Saya tak percaya la. Perempuan macam awak tahu silat. Lainlah macam saya. Taek wan do tali hitam tau.” Ujar imran dengan ketawa yang masih bersisa.

“Eleh tali hitam taek wan do konon. Tali pinggang hitam ada la. Yang awak pakai sekarang. Kot kena tumbuk sekali dah pengsan.” Anis mencebik.

“Apa kot-kot. Saya tak pakai kot tau. Tolonglah. Tengoklah siapa ni. Ini Imran la. Siapa yang tak kenal.” Ujar Imran. Tangan kanannya menepuk dada. Tangan kiri pula memegang stereng kereta.

“Ye la. Siapa yang tak kenal awak. Samseng Kampung Dusun.” Anis memandang ke arah luar.

“Awak jangan cabar saya tau. Karang saya...”

“Karang saya pe? Awak jangan buat yang bukan-bukan ye.” Ujar Anis tegas.

“Karang saya kiss awak baru tahu.” Ugut Imran. Imran tersenyum sendirian melihat Anis melopong apabila mendengar kata-katanya tadi. Dia suka melihat Anis mengelabah. Bukannya dia tidak tahu apa yang di fikirkan oleh Anis. Tentu Anis ingat yang dia ingin buat sesuatu yang tidak elok padanya.

“Apa senyum-senyum?”

Imran mendekatkan mukanya pada Anis.

Pangggg......

“Opss, sorry.” Anis menutup mulutnya.


“Awak saya ke majlis siapa ni? Kenapa saya je yang pakai baju berwarna. Yang lain semua memakai pakaian berwarna putih.” Ujar Anis perlahan tapi masih dapat di dengar oleh Imran. Di lihatnya sekeliling, semuanya seba putih. Dari khemah, langsir, kerusi malah baju tetamu pun juga begitu.

“Party kawan saya, Raja Kamarul. Next week dia fly ke UK. Sambung belajar. Lagi satu, tak kisah la awak pakai baju pe pun. Asalkan pakai baju.” Ujar Imran selamba.

Anis merenung tajam Imran. ‘Ada ke patut dia cakap macam tu. Cili mulut tu baru tahu.’ Gerutu hati Anis.

Mereka berjalan beriringan memasuki kawasan majlis. Anis hanya memandang ke bawah. Malunya semua orang memandang ke arahnya. Tentu mereka persoalkan warna baju yang di pakainya.

“Guys. I introduce to you my girlfriend, Anis.”

Terbuntang mata Anis mendengarnya. Mulutnya melopong. Di pandangnya Imran tanpa berkelip. Terkejut mendengar kata-kata Imran tadi. Serentak itu Imran mengenyitkan mata. Iskh mamat ni.

“Anis. Ini kawan-kawan saya. Syafiq, Hafiz dan Raja Kamarul. Ini majlis dia lah.” Ujar Imran sambil menunjukkan satu persatu kawannya. Syafiq memakai kemeja putih. Gayanya serupa dengan pelakon idamannya, Aqasha. Hafiz pula lebih santai. Dia hanya memakai T-shirt putih dengan seluar jeans. Raja Kamarul pula memakai jaket putih, T-shirt hitam di dalam dan seluar slack putih. Smart.

“Hai Anis.” Ujar mereka serentak. Mereka memandang Imran sambil tersenyum yang Anis sendiri tidak mengerti. Ini mesti ada sesuatu yang Imran sorokkan padanya.

“Imran can I talk to you for a while?”

Anis menarik hujung baju Imran. Mereka ke satu hujung sudut khemah.

“Apa yang awak cuba buat ni? Kanapa awak bagitahu kawan-kawan awak yang saya girlfriend awak. What are you trying to do, Imran?” Soal Anis. Di cekak pinggang. Serentak mereka memandang kawan-kawan Imran tadi. Imran melambai tangan ke kawannya, cuba memberitahu tiada apa yang perlu di risaukan.

“Saya tanya ni.” Anis mengetap bibir. Geram dengan sikap Imran yang hanya membiarkan persoalannya.

“Saya nak awak berlakon jadi girlfriend saya untuk hari ni je.”

“Apa kes saya nak jadi girlfriend awak. Saya bukannya pelakon. Saya tak pandai nak berlakon-lakon ni. Cuba awak bagi sebab kenapa saya kena berlakon jadi girlfriend awak.”

Imran mengaru telinganya yang tidak gatal. Dia memikirkan alasan yang perlu dia berikan pada Anis. Dia mengaku Anis girlfriendnya sebab di cabar oleh Syafiq. Kalau tak, tak mungkin dia mengaku.

“No reasons.” Jawab Imran selamba.

“No reasons? Impossible.”

“Okey...okey...first, i’m your new friend. So kawan kena la tolong kawan kan. Second, i’m your bad partner. Saya janji kalau awak tolong saya, saya akan datang setiap kali awak buat nak siapkan projek. Saya akan tepati janji. Kalau saya tak tunaikan, awak boleh mengadu pada Prof. Third, today i’m your boyfriend. So girlfriend kena la tolong boyfriend. Fourth, mana la tahu kan nanti saya bakal your future husband. Tengok. Awak minta tiga sebab. Saya siap bagi empat tau. Puas hati, Cik Anis.” Senyuman terukir di bibir Imran. Itu saja alasan yang terlintas di fikirannya. Tak kan lah nak berterus terang. Kalau Anis tahu pertaruhannya dengan Shafiq. Tentu Anis mengamuk.

Anis mengangkat kaki kanannya lalu memijak kaki kiri Imran. Terhenjut-henjut Imran di buatnya. Kawannya memandang pelik ke arah mereka setelah mendengar jeritan kecil Imran. Kali ini Anis pula yang melambai pada Syafiq, Hafiz dan Raja kamarul.

“Apa awak ni. Sakit tau tak. Dah la tadi awak tampar saya. Sekarang kena pijak la pula.” Ujar Imran. Dia teringat peristiwa yang berlaku di dalam kereta tadi. Dia hanya mahu mengusik Anis tapi tak pasal-pasal dapat penampar sebiji. Sekarang kakinya pula berdenyut-denyut.

“Opss sorry tadi tindakan reflect. Siapa suruh awak usik saya.” Anis membela diri.

“Tadi saya nak gurau je. Tak pasal-pasal awak tampar saya. Sakit pula tu. Ni kaki pula yang kena pijak. Awak ni nampak je lembut tapi ganas.”

“Nak bergurau pun nak kena pada guraunya. Padanlah muka awak. Siapa suruh awak usik saya. Dah tu cakap saya ni girlfriend awak pula. Usik pe ye tu.”

“Nak gurau sikit pun tak boleh.”

“bergurau pun biarlah yang elok sikit, encik Imran.”

“Okey okey. Saya minta maaf.”

“Di maafkan.’

“Awak tunggu kat sini. Saya nak jumpa kawan saya jap. Tunggu kat sini. Jangan merayau-rayau.” Imran bersuara.

“Tak kan awak nak tinggalkan saya sorang kat sini. Saya tak kenal sesiapa pun.”

Kata-kata Anis tidak di balas. Imran berlalu meninggalkan Anis termangu sendirian. Gelabah Anis di buatnya. Di pandang ke kiri dan kanan. Sudahlah berdiri di majlis yang dia tidak kenal sesiapa pun. Mahu menangis pun ada di buatnya.


“Im. Kenapa dengan kau tadi? Terhenjut-henjut aku tengok.” Soal Shafiq sebaik sahaja Imran sampai ke arah mereka.

“Tak ada apa-apa. Biasalah kena lectur dengan perempuan yang budget bagus tu.” Imran mencebik ke arah Anis yang sedang berdiri sendirian. Memang sengaja dia meninggalkan Anis. Padan muka dia. Malukan aku kat KlCC hari tu. Sekarang inilah pembalasan aku. Imran gelak di dalam hati.

“Kenapa kau tinggalkan dia sorang kat sana? Kesian kat dia. Dia bukan kenal sesiapa pun kat sini.” Ujar Raja kamarul.

“Biarkan dia kat situ. Aku memang sengaja tinggalkan dia kat situ. Padan muka dia. Dia dah malukan aku hari tu. Inilah pembalasan aku.” Jawab Imran.

“Tak baik la kau buat dia macam tu. Aku tengok dia macam dah nak nangis tu.” Bela Raja Kamarul.

“Lantak dia lah. Shafiq apa macam dengan janji kita. Aku dah bawa dia. Apa lagi kau kena tunaikan janji kau lah.” Ujar Imran menepuk-nepuk bahu Shafiq.

“Ye lah. Aku bagi la nombor awek cun tu. Nah ambil no telefon ni. 012-3456789. Kau menang lah. Awek tu aku bagi kat kau. Aku tak akan kacau punya.” Ujar Shafiq. Imran menaip nombor itu di telefonnya.

“So Anis yang kat sana tu macam mana?” soal Hafiz yang dari tadi hanya memerhati.

“Ala kau kan tahu aku dengan dia bukan ada apa-apa pun. You all pun tahu dia bukan orang yang aku minat la.”

“Ye la kau suka yang seksi je. Bukannya aku tak tahu.” Ujar Shafiq.

“Tahu tak pe.”

Serentak itu mereka ketawa. Hanya Raja kamarul saja yang tersenyum tawar. Dia kesian pada Anis yang tidak tahu apa-apa tentang pertaruhan Imran dan Shafiq.


Anis memandang banglo mewah yang tersergam indah di hadapannya. Anis menganggar, agaknya banglo ini berjumlah jutaan ringgit. Papanya sendiri belum tentu mampu membeli rumah semewah ini.

“Hello...”

Anis menoleh ke kanan. Kelihatan seorang perempuan sedang memandang ke arahnya. Dia memakai baju gaun paras peha. Menampakkan betisnya yang putih dan gebu. Seksi. Anis memandang ke kiri dan ke kanan mana tahu perempuan itu menegur orang lain. Tapi hanya dia yang berada di situ.

“Hello. I’m talking to you.” Ujar perempuan itu.

“Are you talking to me?” soal Anis untuk kepastian sambil menunjuk jari telunjuk ke mukanya.

“Yes. I’m talking to you. There is anyone here besides you? No right.”

“Ya. Tak ada orang lain.” Sengih Anis.

“I’m Jes.” Ujarnya sambil menghulurkan tangan. Dengan pantas Anis menyambutnya.

“Saya Anis.”

“Tadi I nampak you datang dengan Imran.”

“Ya saya datang dengan dia tadi.”

“Boleh I tanya something?” soal Jes.

“Boleh tanya la.”

“Apa hubungan you dengan Imran?”

“Saya...Imran...kami...” ujar Anis tergagap-gagap. Keliru. Apa yang patut aku jawab sekarang. Tadi Imran kenalkannya sebagai teman wanitanya. Kalau aku cakap tak, nanti timbul masalah pula.Nanti mereka cakap Imran berbohong. Kalau tak cakap perkara sebenar, aku pula yang bohong.

“You girlfriend dia?”

Anis mengangguk.

Tiba-tiba Anis tersedar. Kenapa dia mengangguk. Anis menepuk dahinya. “Aduh...kenapa aku angguk. Cari bala namanya.” Gerutu Anis sendirian.

“Did you say anything?” soal Jes.

“No...no...” jawab Anis pantas.

“So betul la you girlfriend Imran? Dah berapa lama you kenal dia? Macam mana you boleh kenal dia? You berul-betul suka kat dia ke?” soal Jes bertalu-talu.

Soalan Jes membuatkan Anis gelisah. Jawapan apa yang harus dia berikan. ‘Tak kan nak bohong. Kenapalah aku tak tanya soalan ini pada Imran tadi.’

“Kalau you tak nak bagitahu tak pe. I just nak bagi warning kat you.”

“Warning?” Anis mengerutkan dahi, tidak mengerti.

“I nak you jauhkan diri dari Imran, Imran I yang punya. Jangan sesekali you cuba nak rampas Imran dari I.”jawab Jes.

“Saya tak faham la apa yang awak maksudkan ni. Awak girlfriends imran ke?”

Jes terdiam.

“I girlfriend Imran ataupun tak itu urusan I. I nak you jauhkan diri dari Imran. Jangan bagi I nampak you dengan dia lagi. Perempuan tak tahu malu.”

“Excuse me Miss Jes. You don’t know me. So jangan lah awak tuduh saya macam tu.” Anis tercabar. Tuduhan Jes tadi membuatkan dia marah.

“Harap je pakai tudung tapi hati busuk. Ada hati nak rampas teman lelaki orang lain. Perempuan tak tahu malu. Sedar la diri tu sikit. Perempuan kampung.” Jes menolak bahu Anis. Terkebelakang sedikit Anis di buatnya.

“Apa hak awak nak tolak saya?” ujar Anis geram. Perempuan ni macam tak ada adab langsung. Tak belajar ke nak hormati orang. Tak kan lah sebab lelaki nak bergaduh.

“I tolak you sebab you kurang ajar dengan I.”

“Kurang ajar? Siapa yang kurang ajar dengan siapa.” Anis mengetap bibir menahan geram.

“Kurang ajar.” Jes menyimbah air yang di pegangnya ke baju Anis. Habis basah baju dan tudung.

“Apa yang awak buat ni?” ujar Anis sambil mengibas baju dan tudungnya yang basah.

“Sebab you kurang ajar dengan I.” Jawab Jes dengan kuat. Tetamu yang lain memandang mereka. Berbisik sesama sendiri. Malu bukan kepalang. Imran dan Raja Kamarul segera menuju ke arah Anis dan Jes.

“Apa yang berlaku ni. Anis? Jes?” soal Imran memandang Anis dan Jes. Raja Kamarul hanya memandang Anis. Kesiannya tumpah pada Anis.

“Kawan you kurang ajar dengan I. Dia cakap I tak malu. Terkejar-kejar kan you. I geram sebab tu I curah air dekat dia. I geram sangat.” Ujar Jes manja. Dia merenggek-renggek pada Imran. Di silangkan tangan di lengan imran. Imran kelihatan marah apabila mendengar luahan Jes.

“Betul ke awak buat macam tu, Anis?” soal Imran dengan nada marah.

“Dia tipu. Saya tak cakap apa-apa pun.” Jawab Anis.

“Dia tipu, Imran. You kenal I macam mana kan. Tak kan I nak tipu you. I swear.” Ujar Jes menyampuk.

“Jes lebih baik awak bagitahu perkara yang sebenar.”

“Enough.” Imran menjerit kecil.

“Anis. Lebih baik awak balik. Saya tak nak tengok muka awak. Balik.” Perintah Imran.

“Im. Biar kita siasat perkara ni dulu. Jangan buat keputusan dengan hanya mendengar cakap sebelah pihak sahaja.” Ujar raja Kamarul. Dia tidak mahu menuduh mereka menuduh Anis sebegitu. Baginya Anis seorang yang baik sewaktu kali pertama dia melihat Anis. Tak mungkin Anis akan buat sedemikian. Bukannya dia tidak tahu perangai Jes yang sebenar. Jes akan berusaha sampai Imran menjadi miliknya.

Imran menarik tangan Anis setelah Anis hanya berdiam diri. Anis menarik kembali tangannya tapi tidak Berjaya. Genggaman tangan Imran terlalu kuat. Terheretnya sedikit tatkala imran menariknya. Nasib baik tidak tersungkur. Di bawanya Anis ke pintu pagar.

“Awak buat apa ni? Saya bawa awak ke sini bukan untuk malukan saya tau tak.” Ujar Imran. Di lepaskan tangan anis.

“Siapa yang nak malukan awak. Awak yang paksa saya datang. Awak ingat saya nak sangat ke datang majlis ni. Awak yang paksa saya. Saya datang sebab saya fikir awak tu kawan saya. Kalau tak jangan harap saya nak datang. Lepas tu depan kawan awak, awak kata saya girlfriend awak. Sekarang siapa yang buat hal. Saya tak kenal langsung dengan Jes. Tak pasal-pasal nak warning saya.” Anis mengatakan apa yang terbuku di hatinya.

“Masalah ye sekarang awak kurang ajar dengan kawan saya.” Imran memegang tangan Anis. Anis menarik kasar.

“Jangan sentuh saya. Siapa yang kurang ajar dengan siapa. Ada saya tumpahkan air kat baju dia. Ada tak. Tak ada kan. Dia yang cakap tak elok dengan saya. Kenapa nak marahkan saya pula. Sepatutnya awak tanya betul-betul. Jangan main tuduh je.” Ujar Anis. Maruahnya harus di pertahankan.

“Enough. Baik awak balik sekarang. Jangan tunjuk muka awak kat sini. Merosakkan majlis je tahu tak.”

“Okey fine. Awak ingat saya kisah sangat ke dengan majlis ni.” Sakit betul hatinya dengan sikap Imran yang hanya mendengar kata dari sebelah pihak sahaja. Mendengar dari pihak yang salah pula tu. Di lihat wajah Jes dari jauh. Terukir senyum sinis di bibirnya. Ia membuatkan anis semakin geram. Di tahan air matanya dari menitis. Tidak berbaloi air matanya menitis di sebabkan sikap Imran yang tak guna tu.

Anis melangkah tanpa berfikir panjang. Di pandang kiri dan kanan, mana tahu ada teksi yang melalui kawasan itu. Perasaan marah dan geram membuatkan dia tanpa berfikir panjang berjalan keseorangan di jalan raya itu. Memang la bahaya tapi emosi sudah menguasai diri.

No comments:

Post a Comment