Tuesday, October 13, 2009

PELUANG KEDUA 11

“Pin...pin...”

Kedengran bunyi hon dari belakang. Di tolehnya. Kelihatan sebuah kereta Honda sedang menuju ke arahnya. Di teruskan langkahnya. Dia mahu segera ke jalan besar. Jantungnya berdegup laju. Macam mana kereta yang berada di belakangnya kereta orang jahat. Culik? Rogol? Jual ke Siam? Anis menggeleng kepala. Dia berdoa di dalam hati agar ALLAH jauhkan dirinya dari perkara yang tidak elok.

“Anis...Anis...” Anis memberhentikan langkah. Di amati suara itu. Mahu di katakan itu Imran, suaranya berbeza. Mustahil itu Imran. Di tolehnya ke belakang. Kelihatan Raja kamarul sedang mengejarnya. Keretanya sudah di parking di tepi jalan.

“Apa awak buat kat sini?” soal Anis.

“Saya kejar awak. Saya hon. Kenapa awak tak berhenti?” ujar raja kamarul tercungap-cungap.

“Mana la saya tahu itu awak. Saya ingatkan orang jahat tadi. Sebab tu saya yang buat saya makin laju tu. Kenapa awak kejar saya?” soal Anis.

“Mari saya hantar awak balik kampus.” Pelawa Raja Kamarul.

“Iskh tak apa lah. Saya boleh balik sendiri.” Anis menolak.

“Awak nak balik sendiri malam-malam macam ni. Bahaya tahu tak. Nanti kalau ada apa-apa siapa yang susah? Imran juga kan.”

Mendengar saja nama Imran, meter kemarahan Anis naik.

“Jangan sebut nama dia. Saya tak suka. Untuk pengetahuan awak saya dengan Imran tak ada apa-apa hubungan pun. Dia tipu pada awak dan kawan-kawan awak.” Jelas Anis.

“Dari awal saya tahu awak tak ada hubungan dengan dia. Marilah saya hantar awak balik.” Pelawa raja kamarul sekali lagi. Di menunjuk ke arah keretanya.

“Tak pe lah. Tambahan pula kat sana kan majlis awak. Tak baik tuan rumah tinggalkan tetamu. Apa kata tetamu awak nanti.”

“Tak pe saya. Saya tak kisah pun. Ibu saya yang beria-ria nak buat majlis itu. Saya ikutkan je. Tak buat pun tak pe.”

“Segan la saya.”

“Segan ke takut? Macam ni lah. Saya bagi awak dua pilihan. Pertama, awak nak berjalan sambil awak dapat teksi. Pemandu teksi tu nanti belum tentu baik ataupun tak. Kalau dia buat perkara yang tak baik pada awak macam mana. Siapa yang susah. Awak juga kan. Kedua, awak benarkan saya hantar awak balik. Kalau awak risau saya buat apa-apa kat awak. Awak boleh pegang kad pengenalan saya.”

“Iskh tak kan lah sampai nak bagi kad pengenelan.”

“Ye la. Saya tengok awak macam takut je dengan saya. Dah la. Biar saya hantar awak balik ye. Jom.” Ujar Raja Kamarul sambil menapak ke hadapan. Di pandangnya Anis.

Anis dengan perasaan berbaur berjalan beriringan ke kereta raja Kamarul. Dari berjalan tanpa belum pasti yang dia dapat teksi ataupun tidak. Lebih baik dia ikut Raja kamarul. Orangnya nampak baik. Tambahan pula dia kawan Imran. Tak kan lah dia nak buat perkara yang bukan-bukan padanya.


“Sudah lama ke awak kenal dengan Imran?” soal Raja Kamarul memecah keheningan. Dari masuk kereta, mereka hanya nendiamkan diri. Tidak tahu apa yang patut di katakan.

“Baru juga. Saya kenal dia pun sebab saya dengan dia satu kelas. Tambahan pula sekarang dia dah jadi partner saya dalam siapkan projek.” Jawab Anis.

“Awak tak suka dia ke?”

“Kenapa awak tanya macam tu?” Anis memandang Raja Kamarul. Dia pelik dengan soalan itu.

“Tak ada la saya tengok awak dengan dia sepadan.” Raja Kamarul tersengih.

“Padan pe ye. Lagi saya tak suka kat dia ada la. Selalu nak kenakan saya. Buat malu saya je hari ni.” Ujar Anis geram. Apa yang berlaku tadi bermain di fikirannya.

“Dari tadi saya nak tanya awak. Awak tahu ke yang majlis ni kena pakai baju warna putih?” soal Raja Kamarul sambil membelok kereta ke kiri.

“Tak. Saya tak tahu langsung yang majlis tu kena pakai baju putih. Baju ni pun Imran yang bagi tadi. Imran tahu yang majlis tu kena pakai baju putih?”

Raja Kamarul hanya mengangguk.

“Iskh rupanya dia tahu. Mesti dia saja nak kenakan saya tadi. Dia saja bagi baju warna lain kat saya. Dia pula pakai baju putih. Geramnya saya tau tak. Imran ni saja nak cari pasal tau.” Anis menumbuk-numbuk tangannya.

“Sabar ye Cik Anis. Tak baik marah, nanti kena jual.”

Anis tersengih. Malunya dia dengan Raja Kamarul.

“Sorry...” ujar Anis pendek.

“Tak pe saya tak kisah pun. Memang awak patut geram dan marah dengan Imran tu. Kadang-kadang dia tu tak terkawal sikit. Apa yang dia nak, mesti dia buat.”

“Awak dah lama kenal dengan dia?” soal Anis.

“Lama juga la. Waktu sekolah menengah dulu. Kami memang satu geng.”

“Oooo...”

“Maaf ye Raja. Saya dah rosakkan majlis awak hari ni.” Ucap Anis dengan kesal. Dia tak menyangka perkara ini akan terjadi. Kalau dia menolak permintaan Imran, tentu perkara ini tak akan terjadi. Menyesal menyerbu hati. Tapi perkara yang berlalu biarkan berlalu. Satu lagi parut terbentuk di hati.

“Tak apa saya tahu perkara itu terjadi bukan salah awak pun. Saya dah perhatikan awak dari tadi. Saya dah tengok semua yang terjadi tadi. Saya tahu itu bukan salah awak. Tambahan pula, saya memang kenal dengan Jes tu. Selama ni dia yang tergila-gilakan Imran. Imran tu pula jenis melayan. Pantang nampak perempuan seksi. Naik minyak la dia. Awak tak perlu risau la. Nanti saya ceritakan perkara sebenar pada Imran nanti.” Ujar raja Kamarul panjang.

“Tak pe la Raja. Saya tak nak libatkan awak dalam hal ni. Awak tadi pun dah tolong saya. Saya ucapkan terima kasih sebab awak tolong saya.” Anis memandang ke luar tingkap kereta. Satu persatu pemandangan melaluinya. Tenang seketika dirinya memandang ciptaan Tuhan Yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment