Imran mundar mandir di dalam biliknya di rumah mama long. Sekejap berjalan ke kiri, sekejap ke kanan. Setiap perkara yang dia lakukan hari ini semuanya seba tidak kena. Di campakkan buku yang ada di meja belajarnya. Habis berterabur semuanya di atas lantai. Di biarkan saja. Geram. Marah. Malu. Kesian. Semuanya ada. Baru saja dia pulang dari bertemu dengan Jes setelah Raja Kamarul menceritakan apa yang sebenarnya yang berlaku pada malam itu. Terus dia menelefon Jes untuk bertemu dengannya. Di paksa Jes untuk memberitahu perkara yang berlaku sebenarnya. Pada mulanya dia tak percaya yang Jes akan melakukan perkara macam itu. Sangkaannya meleset. Saat Jes menceritakan perkara sebenar, dia terkejut. Memang benar apa yang di ceritakan oleh Raja Kamarul. Jes yang menipu pada malam itu. Bukannya Anis. Saat mengetahui perkara yang sebenar, Imran sudah mengangkat tangannya untuk menampar Jes. Nasib baik di tahan oleh Raja Kamarul. Jika tiada Raja Kamarul sudah tentu pipi Jes sudah menerima penampar.
Perasaan bersalah membelengu dirinya. Tidak sepatutnya dia menuduh bukan-bukan pada Anis. Tambahan pula, dia hanya mendengar cakap sebelah pihak saja. Dia langsung tidak memberi peluang pada Anis untuk menjelaskan perkara sebentar. Di raup wajahnya. Rasa menyesal sangat-sangat dengan tindakannya pada malam itu. Memarahi Anis di hadapan orang ramai. Di biarkan Anis berjalan sendirian sedangkan sepatutnya dia yang menghantar Anis pula. Nasib baik Raja Kamarul menghantar Anis pulang.
Imran memegang telefon bimbitnya. Sudah beberapa kali dia menelefon Anis tapi tidak di jawab. Agaknya marah benar Anis padanya. Di hempas telefon ke atas tilam. Di baringkan dirinya di atas tilam bersebelahan dengan telefon bimbitnya. Matanya memandang ke syiiling. Tangannya di letakkan di belakang. Berlegar-legar apa yang berlaku malam di kotak fikirannya. Apa yang harus dia katakan pada Anis? Adakah Anis akan maafkannya? Bermacam-macam yang dia fikirkan.
Imran mendail sekali lagi nombor telefon bimbit Anis.
“Assalamualaikum…” Kedengaran suara Anis di corong telefon. Cepat-cepat dia duduk di atas tilam.
“Waalaikumussalam.” Jawab Imran.
“Ye. Ada apa yang boleh saya bantu?” soal Anis kasar.
Dari nada suara Anis, Imran dapat mengagak yang Anis masih marahkannya. Selama ini Anis tidak pernah marahkannya walaupun Imran sudah beberapa kali memungkiri janji. Hanya malam itu Anis kelihatan sedikit marah.
“Janganlah macam ni Anis.” Pujuk Imran.
“Jangan macam pe?”
“Saya tahu saya salah. Saya minta maaf. Saya tahu saya salah. Saya dah sakitkan hati awak. Saya betul betul minta maaf.” Imran memohon maaf.
“Tak perlu la minta maaf dengan saya. Awak tak buat salah dengan saya pun. Saya yang salah. Tak sepatutnya saya ikut awak ke majlis. Itu kesalahan saya. So awak tak salah pun. Okey lah awak. Saya da hal lain. Assalamualaikum.” Ujar anis sambil menamatkan panggilan. Imran menghempas telefonnya. Berderai telefon miliknya. Fikirannya bercelaru. Dia betul-betul menyesal. Perasaannya tak akan tenang selagi dia tidak memohon maaf dengan Anis.
“Tuk…Tuk…”
Ketukan di pintu menyedarkan Imran. Di pandang ke pintu. Kelihatan Puan sabariah sedang memandang dengan wajah pelik. Di kalihkan pula pandangannya ke komponen telefon bimbit Imran yang sudah berkecai di atas lantai.
“Kenapa ni Im? Kenapa sampai baling telefon macam ni. Dari bawah mama long dengar ada benda jatuh. Mama Long ingat Im jatuh tadi. Cepat-cepat mama long datang.” Ujar Puan Sabariah yang sudah di anggap seperti mak nya sendiri. Di kutip satu persatu komponen telefon milik Imran yang bertaburan di atas lantai. Di pasangkan kembali dan di hidupkan. Nasib baik masih elok. Speaker pun masih elok. Imran hanya memandang apa yang di lakukan oleh Puan Sabariah.
“Im ada masalah?” soal Puan Sabariah mendekati Imran. Di pegang bahu kanan Imran. Dia mahu penjelasan dari Imran. Imran memalingkan muka ke Ibu angkatnya. Adakah seharusnya dia menceritakan apa yang sebenarnya berlaku pada Puan Sabariah. Kalau di ceritakan tentu Puan Sabariah akan marah padanya. Tapi dia tidak tahu pada siapa lagi dia harus ceritakan masalah ini. Kalau di ceritakan pada mummy, tentu mummy tidak ambil kisah. Selama ini pun apa yang dia ceritakan pada mummy, macam mencurah air di daun keladi. Dia kesan pada mummy.
“Kalau Im ada masalah Im cerita la pada mama long. Mana tahu mama long boleh tolong.” Pujuk Puan Sabriah.
“Im tak tahu macam mana nak cerita pada mama long. Im tak tahu.” Imran menggelengkan kepala. Dia berjalan ke jendela yang terbuka. Di dongak kepala ke langit. Kepalanya pening memikirkan masalah ini. Rasa seba salah sangat.
“Mari sini.” Ujar Puan Sabriah sambil menarik tangan Imran. Dia tidak mahu melihat Imran seperti orang yang ada masalah. Imran sudah di anggap seperti anak sendiri. Tambahan pula dia tiada anak lelaki. Kedua-dua anaknya adalah perempuan. Kebetulan masa Imran kecil Puan Jasmin memintanya untuk menjaga anak tunggalnya ini ketika Puan Jasmin dan abang iparnya, Encik Lukman pergi bekerja.
“Mari duduk kat sini dengan mama long.” Puan Sabariah melabuhkan punggungnya di atas tilam. Imran hanya menurut. Dia duduk bersebelahan dengan Puan Sabariah. Tangan kanan Puan Sabariah menyentuh peha kiri Imran. Imran mengangkat mukanya memandang Puan Sabariah. Imran tersenyum tawar. Di pegang tangan Puan Sabariah yang berada di pehanya. Di genggam erat.
“Im ada masalah ye? Tak nak cerita kat mama long ke?” soal Puan Sabariah lembut.
“Im dah sakitkan hati orang. Rasa seba salah sangat. Im tak pernah rasa seba salah sampai macam ni sekali. Selama ini pun, kalau Im tinggalkan perempuan lain, Im tak pernah rasa seba salah macam ni. Apa yang Im buat semua tak kena. Im tak tahu nak buat macam mana lagi mama long. Im dah minta maaf dengan dia tapi dia tak nak maafkan Im. Dah puas Im cuba telefon dia tapi dia tak angkat. Apa yang Im patut buat sekarang.” Imran mengadu.
“Apa yang sebenarnya berlaku? Boleh Im ceritakan pada mama long?”
Imran mengangguk. Di ceritakan satu persatu apa yang sebenarnya terjadi. Dari saat pertemuan dia dengan Anis. Tika di majlis Raja Kamarul. Peristiwa yang berlaku antara Anis dan Jes. Kebenaran yang di dengar dari Raja Kamarul dan pengakuan dari Jes. Di ceritakan sepenuhnya dengan jujur. Tiada dolak dalik. Puan Sabariah yang nendengar sekejap mengangguk, sekejap menggeleng.
“Macam itu ceritanya ya. Kalau mama long jadi Anis pun. Mama long akan marah. Tapi kalau mama long la, dah lama mama long maki hamun perempuan tu termasuk la Im. Kira Anis dah banyak bersabar la tu. Im pun satu. Kenapa la Im berkawan dengan perempuan macam Jes tu. Cubalah Im cari kawan yang baik sikit. Im dah tuduh Anis macam-macam, memang patut pun Anis marah dengan Im.” Ujar Puan Sabariah panjang. Bukannya dia tidak tahu dengan perangai Imran di luar. Perangai Imran yang suka bertukar-tukar perempuan. Sudah banyak kali Puan Sabariah menasihati Imran. Tiap kali itu jugalah Imran akan buat lawak dengan nasihatnya. Puan Sabariah pun sudah tidak tahu apa yang perlu di lakukan lagi. Dia berdoa agar suatu hari nanti Imran akan di pertemukan dengan wanita yang mampu mengubah Imran.
“Mama long ni. Membebel pula dia. Dah la Im tengah pening ni.” Imran mencebik. Sebab inilah di malas untuk memberitahu Puan sabariah. Kalau di ceritakan, dia akan membebel. Tiga hari tiga malam belum tentu habis syarahannya.
“Ya la. Im nak mama tolong pe?” soal Puan Sabariah.
“Tolong la bagi cadangan nak selesaikan masalah ni.”
“Im nak dengar ke cadangan mama long?”
Imran memandang Puan Sabariah dengan penuh minat.
“Im cakaplah elok-elok dengan dia. Jangann cakap kasar. Kalau Im minta maaf melalui telefon tentu dia ingat Im tak ikhlas nak minta maaf. Im jumpa la dia. So simple.’ Cadang Puan Sabariah.
“Macam tu je?”
“Ya la. Dah tu nak wat macam mana lagi?” soal Puan Sabariah kembali.
“Erm boleh la kot. Im ingat mama long suruh Im melutut kat dia minta maaf.” Imran tersengih.
“Kalau dia tak nak maafkan Im. Apa salah ye Im melutut.”
“Mama long!”
“Mama long gurau je la.” Ujar Puan Sabariah.
“Kalau tetap tak nak maafkan Im macam mana? Im tak nak rasa seba salah macam ni. Seksa.”
“Ha tahu pun seksa ye. Lain kali jangan buat lagi. Tak baik sakitkan hati orang lain. Macam ni la kalau dia tak nak maafkan Im. Bawa dia jumpa mama long. Biar mama long nasihat dia. Mama long pun nak tengok juga orang yang boleh buat Im tak keruan macam ni.” Ujar Puan Sabariah dengan senyuman penuh makna. Imran sudah menjeling padanya.
“Teriam kasih mama long. Syang mama long.” Ujar Imran sambil memeluk Puan Sabariah. Puan Sabariah mengusap lembut rambut Imran yang agak panjang. Di suruh potong tak mahu.
“Manja juga anak mama long ni."
Imran segera melepaskan pelukan. Merenung tajam pada Puan sabariah.
“Mana ada manja. Im ni brutal tau.” Bela Imran.
"Eleh kat luar nampak je brutal. Kat dalam manja. Kalau tak, tak ka la dalam laptop Im tu penuh dengan lagu yang jiwang. Mama long tahu la."
“Mama long! Mama long buka laptop Im ye. Mana boleh mama long masuk privacy Im. Mama long!”
Monday, October 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


anis..ble nk smbong crite ni? best la.. sya dah lme tggu.. cpat skt ye?
ReplyDelete