“Anis dua minggu lagi kita cuti. Kau nak balik rumah kau or kau nak ikut aku balik Kedah?” Soal Amy.
Soalan Amy tadi membuatkan aku berfikir. Aku terlupa yang kami akan bercuti pertengahan semester. Seandainya aku pulang ke rumah, aku kena menghadapi sikap mama pada aku. Kalau ikut Amy balik Kedah, alasan apa yang aku ingin berikan pada papa.
“Aku tak tahu la.” Anis mengaru kepalanya yang tidak gatal.
“Bukan apa jap lagi aku nak keluar beli tiket. Kalau kau nak ikut aku balik. Nanti aku belikan untuk kau sekali. Takut tiket habis pula nanti.” Ujar Amy.
“Kau nak pergi beli tiket dengan siapa?”
“Dengan Miza. Dia pun nak beli tiket jua. Aku tengah tunggu dia habis kelas la ni.”
Anis diam seketika. Dia berfikir sama ada mahu mengikut Amy balik ke Sik, Kedah.
“Anis mengeluarkan dompetmya dari laci mejanya.
“Nak RM50. Belikan tiket untuk aku sekali. Aku join kau balik Kedah. Lagipun aku dah rindu dengan masakan Mak kau.”
Amy mengambil duit dari tangan Amy lalu memasukkannya di dalam beg nya.
“Kalau papa kau Tanya nanti kau nak cakap pe?” soal Amy
“Aku pun tak tahu la. Aku dah banyak kali bohong dengan dia tapi aku malas la nak balik rumah. Nanti aku makan hati lagi nanti. Kau tahu je lah. Macam mana yek?”
“Ala kau cakap je yang kau ikut aku balik. Apa yang susah. Tak perlu lah kau bohong dengan papa kau.”
“Mesti dia pujuk aku balik rumah punya. Kalau aku balik nanti tinggal aku dangan mama juga kat rumah. Papa pergi kerja. So there is no point kalau aku rumah pun.” Anis menutup laptopnya. Mejanya di kemaskan.
“Kau pasti ni nak ikut aku balik?”
Anis mengangguk.
“Okey lah kalau macam tu. Aku pergi dulu. Jangan rindukan aku. Kalau rindukan aku, call la ye.” Ujar Amy sambil tersenggih.
“Eleh buat apa rindukan kaku. Kau pergi pun bukan lama pun. Sekejap je.” Anis mencebik.
“Ye la siapa la aku, kau nak rindu. Lain la Imran. Tiap-tiap malam panggil nama dia.”
“Kau ni. Kalau tak gosipkan aku dengan mamat sombong tu boleh tak. Karang aku sangkut mamat tu nanti kau juga yang susah.”
“Ye la. Aku tak ejek lagi. Aku pergi dulu. Assalamualaikum.” Ujar Amy sambil mengambil kasut di rak. Senyuman terukir di wajahnya. Dia sememangnya suka menyakat Anis dengan Imran.
Anis kembali memikirkan alasan apa yang di aingin berikan kepada papa. Dia tahu dia sudah berdosa kerana sudah berapa kali berbohong dengan papa. Dia mendail nombor Abang Ikram walaupun Abang Ikram sedang berkerja. Di mendail nombor telefon milik Abangnya tapi tidak di angkat. Lalu dia mendail nombor pejabat abangnya. Kedengaran suara milik setiausaha Abang Ikram. Selepas menuju beberapa saat, dia di sambungkan dengan telefon milik Abang Ikram.
“Assalamualaikum, Abang Ikram.”
“Waalaikumussalam. Ada apa adik telefon Abang ni? Abang tengah kerja tau.”
“Abang tengah sibuk ke? Kalau macam tu adik telefon nanti lah. Sorry ganggu bang tengah kerja.” Ujar Anis dengan nada merajuk.
“Merajuk la pula. Abang tak la sibuk sangat tapi sibuk la juga.” Ujar Abang Ikram.
“Abang ni. Sekejap cakap tak sibuk, lepas tu cakap sibuk.”
“Sibuk sikit je. Ada apa adik call abang ni? Nak duit ke?” soal Abang Ikram. Dia sememangnya tidak lokek dengannya. Apa saja yang Anis mahu Abang Ikram akan tunaikan. Pernah Abang Ikram membelikan sebuah laptop sejurus sahaja dia mendapat tahu yang Anis sukakannya. Tiap-tipa bulan Abang Ikram akan memberikannya wang walaupun Anis tidak memintanya.
“Lagi dua minggu adik akan bercuti. Adik bercadang nak ikut kawan adik balik kampung dia. Abang rasa papa bagi tak?” soal Anis.
“Abang rasa papa tak akan bagi la. Papa rindukan adik tau. Tiap-tiap hari dia tanyakan pasal adik kat abang tau. Adik balik rumah ye?’
“Adik tak nak la abang. Abang tahu kan kalau adik balik rumah, banyak perkara akan terjadi nanti. Adik tak nak abang.” Anis mahu Abang Ikram mengerti mengapa dia tidak mahu pulang ke rumah.
“Kampung kawan adik tu kat mana?” soal Abang Ikram.
“ Kat Kedah.”
“Jauh tu. Kalau papa tak bagi, abang lagi lah.”
“Sebenarnya abang. Adik dah pernah pergi ke rumah di tanpa pengetahuan abang dan papa.” Uajr Anis tergagap. Dia pasti Abang Ikram akan memarahinya.
“Bila adik pergi? Abang tak tahu pun.”
“Semester lepas. Abang memang la tak tahu sebab adik tak bagitahu abang.”
“Adik ni suka sangat buat sesuatu tanpa bagitahu abang tau, kalau terjadi apa-apa, macam mana kami kat sini. Hari tu adik cakap adik banyak kerja, ruapanya adik tipu abang dan papa ye. Adik ni buat abang geram dengan adik tau.” Ujar Abang Ikram dengan nada geram.
“Jangan la marah. Kalau adik bagitahu abang dan papa, tentu tak izinkan. Sebab tu adik tanya abang tadi. Adik tahu adik bersalah sebab bohong kat abang. Kali ini adik nak minta izin untuk pergi ke Kedah. Tiket pun adik dah suruh kawan adik belikan. Nanti rugi la tiket tu. Boleh ye abang?” uajr Anis dengan nada sedih.
“Dah tu apa yang abng nak bagitahu papa nanti?” soal Abang Ikram.
“Abang kan pandai. Tentu abang dapat cari alasan kan?” ujar Anis memujuk.
“Adik nak abang berbohong dengan papa ke? Adik ni. Tak baik.”
“Adik tak suruh abang bohong pun. Adik nak abang tolong adik je. Boleh la. Boleh ye abang.”
“Iskh bab macam ni la abang lemah dengan adik tau. Ye la nanti pandai-pandai la abang bagitahu papa nanti. Tapi abang tak akan bohong dengan papa tau. Abang akan bagitahu yang adik nak pergi Kedah. Abang akan pujuk dia supaya dia izinkan. Lain kali kalau nak pergi mana-mana bagitahu. Jangan pergi senyap-senyap. Buat orang risau je tahu tak.” Abang Ikram membebel. Anis tersenyum,. Dia pasti Abang Ikram akan yakinkan papa untuk benarkan dia ke kampung Amy.
“Terima kasih ye. Sayang abang. Sayang sangat sangat.” Ujar Anis gembira.
“Bab macam ni baru nak sayang abang.”
“Tak. Adik sayang abang dari dulu lagi.”
“Adik nak pergi Kedah ni, ada duit tak? Kalau tak ada, nanti abang masukkan dalam akaun adik.”
“Tak perlu la. Duit bulanan yang abang dan papa bagi pun ada lagi. Tak perlu lah abang.” Setiap bulan Abang Ikram akan masukkan seribu dalam akaunnya. Begitu juga dengan papa. Tiap bulan kos hidupnya hanya RM700. Baki selebihnya dia simpan. Di dalam akaunnya sekarang ada lebih kurang RM40 000. Itulah jumlah simpanannya sejak dia masuk memasuki universiti selama dua tahun Pernah papa mahu memberikan kad kredit kepadantya tapi Anis menolak. Dia berrtuah kerana mendapat keluarga yang tak lokek dengan wang. Dia belum bekerja tapi sudah mempunyai wang tetap setiap bulan.
“Betul ke ni? Kat sana adik makan ke tak ni? Kalau abang tengook adik makin kurus, siap la adik. Abang paksa adik makan banyak-banyak.”
“Tak ada la. Adik maintain je. Adik guna duit tu untuk beli barang yang perlu je. Yang lain adik simpan. Mana tahu nanti ada apa-apa terjadi, sekurang-kurangnya kita ada duit simpanan.”
“Tentu banyakkan duit adik nanti boleh l belanja abang.” Abang Ikram tergelak.
“Boleh. Boleh bla.” Anis mengenakan Abang Ikram kembali.
“Ye la siapa la abang ni kan.”
“Ye nanti adik belikan souveniar untuk abang.” Pujuk Anis.
“Tapi abang nak yang mahal tau.’
“Ye la nanti adik belikan satu kedah untuk abang.”
“Abang gurau je lah. Okey la adik. Abang nak buat kerja ni. Nanti abang cakap dengan papa. Jangan nakal-nakal.’ Pesan Abang Ikram.
“Okey bos.” Uajr nais
“Banyak la bos.”
Anis menamatkan panggilan setelah memberikan salam kepada abangnya.
Wednesday, September 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment