Wednesday, September 30, 2009

PELUANG KEDUA 6

‘Iskh…mana pula mamat ni. Janji nak buat assignment.’ Anis melihat jam tangan vinci miliknya. Hadiah dari papa. Sudah satu jam dia tunggu Imran. Semalam kata nak datang siapkan assignment. Tak tepati janii langsung la. Membazir masa aku je tunggu dia. Dia ingat aku tak ada kerja lain ke.

Anis mula membebel bila Imran tidak muncul-muncul. Dah la aircond dalam perpustakaan ni sejuk. Mengeletar dia di buatnya. Dia meneruskan mencari maklumat untuk assignment nanti. Nak tunggu sampai Imran sampai, sampai bila la tak siap assignment. Tunggu sampai malam pun, belum tentu dia akan nampak batang hidung.

Anis terpandang telefon Nokia N75 miliknya yang hanya mengeluarkan cahaya kerana tadi dia sudah setkan telefonnya dalam nada senyap. Tanpa melihat nombor, Anis terus menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum.” Jawab Anis ringkas.

“Waalaikumussalam, Anis. Amy ni. Jom makan sama-sama.” Suara Amy jelas kedengaran.

“Ok tapi aku nak jumpa Prof Razak dulu. Nanti aku tunggu kau kat café kuliyyah. Jangan lambat ye. Aku dah lapar sangat ni. Nak makan orang pun ada ni.’

“La…kenapa sampai nak makan orang ni?”

“Si Imran tu la. Dah sejam aku tunggu ni. Batang hidung langsung tak nampak.”

“Erm…ko macam tak kenal dengan si Imran tu. Kau tu baik sangat dengan dia. Cuba kau berkasar sikit dengan dia. Dia tu budget bagus je. Entah-entah nanti kau sorang je yang siapkan tugasan tu. Naya la kau nanti. ”

“Ok la Amy. Kita jumpa kat café nenti kul1. Assalamualaikum.” Anis menekan butang merah tanda menamatkan panggilan. Kata-kata Amy tadi membuatkan dia berfikir. Betul juga apa yang di katakan. Kalau dia tak bersikap tegas, nanti Imran pijak kepala pula. Dia tak nak la report kat Prof yang Imran tak tolong dalam menyiapkan tugasan ni.

Teringat aku dekat Nadia. Peristiwa semester lepas yang membuatkan persahabatan mereka putus di tengah jalan. Aku, Husna dan Nadia di tugaskan untuk menyiapkan assignment untuk subject ekonomi. Dia tu boleh kira rapat degan aku sebab kami berdua saja dari geng kami waktu di matrik dulu yang tinggal di mahalah yang sama. Pada mulanya kami memutuskan untuk memilih tajuk mengenai Economy in Malaysia. Ada ke patut lagi tiga hari nak hantar tugasan dia nak tukar tajuk sedangkan semua maklumat mengenai tajuk tu dah ada. Tambahan pula, hujung minggu tu aku kena mengikuti kem mengenai keselamatan ketika bencana. Kalau tak semuanya akan siap sebelum aku pergi. Aku dan Husna dah mengatakan yang due date assignment dah nak habis, mana sempat nak tukar tajuk lain. Dia beria-ria nak tajuk tu juga. Mungkin salah kami juga untuk tidak bertegas dengan Nadia.

Selepas tahu yang dia nak tukar tajuk, aku segera pergi ke ICT lab, cari maklumat tentang tajuk baru. Ingat senang nak cari, dah la tajuk susah. Aku siapkan bahagian aku sebelum pergi kem. Selebihnya aku serahkan pada Husna. Husna pula sanggup bersekang mata di bilik Nadia untuk siapkan tugasan. Paginya dia sudah pesan pada Nadia yang kalau ada apa-apa beritahu dia, dia nak balik bilik dulu.

Dia hanya menghantar pesanan ringkas mengatakan yang dia ingin berjumpa dengan kami di library tingkat 4. Waktu itu, kami ingat yang kami berjumpa untuk buat final touch untuk assignment tapi lain pula yang jadi. Dia mengatakan yang dia sudah berjumpa dengan lecturer, mengatakan yang kami tidak buat bahagian tugasan kami. Saat itu, aku sendiri tidak percaya yang aku melemparkan buku di hadapan dia. Bergema satu library. Kalau di ikutkan hati mahu saja aku tampar Nadia tapi aku masih ingat dia anak orang. Inilah kali pertama aku rasa sakit hati dengan seseorang. Dia dah kenal kami dari matrik lagi. Kami tak pernah abaikan tugasan. Kami bukannya tak buat bahagian kami. Terpaksa aku dan Husna berjumpa dengan lecturer dan menerangkan apa yang berlaku.

Tapi kami tahu walaupun kami terangkan pada lecturer, dia tak kan faham apa yang kami rasa. Dia ada mengatakan yang dia tak nak di sebabkan tugasan yang diberi olehnya, membuatkan persahabatan kami musnah. Di dalam hati aku, setelah apa yang terjadi susah kami untuk jadi macam dulu. Apa yang dia lakukan seperti menikam kami dari belakang. Aku tak sangka perkara itu akan jadi sebegitu besar. Kawan-kawan yang mengetahui perkara ini, terkejut Nadia akan buat macam itu. Mereka tahu yang kami bukan orang macam itu.

Setelah apa yang berlaku, aku ambil ia sebagai pengajaran. Sekarang aku baru tahu yang mana kaca yang mana permata. Mana kawan yang sanggup bersusah senang dengan aku. Aku masih bertemu dengan Nadia tapi kami dah tak macam dulu lagi. Kami dah jauh. Hanya bertegur sapa ketika bertemu. Aku tidak mahu melakukan perkara yang sama pada Imran. Ah! Tak pe la. Aku kena pujuk dulu Imran tolong aku. Kalau tak, pandai la aku nak buat macam mana nanti. Anis hanya memesan nasi goreng kampung dan air milo. Amy pula memesan mee goreng basah dan the o’ ais. Mereka mencari tempat untuk makan di hujung sudut café. Beberapa meja makan di café semuanya dengan pelajar, pensyarah dan pekerja yang ada kuliah di fakulti berdekatan.

“Kau ni. Makan macam orang kebulur je. Macam sebulan tak makan.” Ujar Amy apabila melihat Anis makan dengan rakusnya apabila makanan mereka sampai. Anis membiarkan kata-kata Amy. Ah! Peduli apa orang nak kata. Yang penting aku nak makan.

“Ala…aku lapar sangat la. Tadi tak sempat breakfast pun. Aku terjaga lambat tadi. Sedar-sedar dah kul 7.30 kelas kul 8. Kenapa kau tak kejutkan aku subuh. Dah subuh gajah aku hari ini.” Anis memuncungkan mulut.

“Ha muncung la lagi. Nanti aku tarik mulut tu nanti baru tahu. Aku dah kejutkan. Kau tu yang tak bangun. Tu la lain kali jangan la tidur lambat lagi kalau dah tahu kelas start awal pagi. Kau tu pun satu suka sangat ambil kelas awal-awal pagi.”

“Ala, aku suka la. Biasa ye kalau kelas waktu pagi tak ramai sangat students.”

“Eleh ye la tu. Dah makan.” ujar Amy sambil memasukkan pesanannya tadi ke dalam mulut.

“Anis!”

Anis tersedak. Dia segera mencapai gelas minumannya dan di sedut sehingga tinggal separuh. Serentak mereka menoleh ke belakang.

“Im! Kau ni. Terkejut aku tau tak.” Ujarnya sambil terbatuk kecil di sebabkan tersedak tadi.

“Ha…puas saya cari awak tau. Saya tadi tak sempat nak cakap dengan awak yang saya tak boleh nak datang tadi. Ada hal sikit la.”

“Ada hal konon. Padahal jumpa dengan spare-part.”Tiba-tiba Amy bersuara. Imran memandang Amy dengan perasaan geram. Minah ni tak boleh nak jaga mulut langsung.

“Tak pe la. Aku dah settle semuanya. Aku dah berjumpa dengan prof. Dia luluskan projek kita tu. Sekarang kena cari maklumat tambahan untuk siapkan tugasan kita tu.” Ikutkan hati mahu saja dia suarakan apa yang terbuku di dalam hatinya tapi entah la. Mungkin sikapnya yang susah nak marahkan orang membuatkan dia hanya memendam saja rasa marah itu.

“Ooo…ye ke. Nanti ada apa-apa awak beritahu saya. Saya pergi dulu.” Ujar Imran sambil berlalu pergi tanpa Anis berpeluang untuk mengatakan apa-apa. Anis memandang ke arah Amy.

“Amy kenapa kau cakap macam tu tadi. Tak baik tau." ujar Anis.

“Betul la. Aku nampak dia tadi. Waktu tu aku nak parking motor. Terperasan kereta dia tengah masuk. Macam baru sampai je tadi. Siap buka kan pintu untuk perempuan lagi. Meluat aku tengok.” balas Amy bersungguh-sungguh.

“Betul ke ni? Kau tak buat ceritakan.”Amy hanya mengangguk menjawab pertanyaan tadi.

“Iskh, ada ke patut. Aku tunggu punya lama dia dalam library tadi. Sedap-sedap dia bersenang-lenang keluar dengan perempuan.” ujar Anis dengan nada geram.

“Tahu pun. Kau jangan baik sangat dengan Imran tu. Dia tu hanya nak ambil kesempatan kat kau je.”

‘Err, geram betul dengan si mamat ni. Aku tunggu hampir sejam tadi. Dia buat benda lain.” Gerutu hati Anis.
******************************************************************

No comments:

Post a Comment