Friday, September 11, 2009

PELUANG KEDUA 5

“Hei, apa yang kau menungkan tu? Ingat kat buah hati ke?”Suara Amy yang agak kuat itu memeranjatkan Anis. Bahunya sedikit tersentak kerana terperanjat. Jantungnya berdegup laju. Iskh minah ni kalau aku ada sakit jantung dah lama meninggal ni.

“Kau ni terkejut aku. Kalau iye pun beri la salam dulu. Jangan main terjah je. Assalamualaikum…” Anis mengurut dadanya berulang kali. Amy tersenyum kecil sambil menjawab salam. Anis menjeling kecil ke arah Amy.

“Sorry la anis. Dari tadi aku tengok kau jauh termenung. Aku masuk bilik pun kau tak dengar. Puas aku panggil kau tahu tak jawab pun. Nasib baik aku ada bawa kunci bilik kalau tak jenuh aku tunggu kat luar. Kau tahu je la aku kan selalu lupa nak bawa kunci bilik.” Amy tersengih.

“Sorry la. Aku tengah berfikir tadi. Papa aku baru call tadi. Dia suruh aku balik rumah. Entah la. Aku bukan tak nak balik sana tapi kau tahu je lah layanan mama kat aku macam mana.”

“Kau tak rindu kat papa kau ke?”Anis mengeluh halus. Selama ini bukannya dia tak rindukan papa tapi dia betul-betul berat hati untuk balik ke rumah. Dia tak mahu bertemu dengan mama.

“Teruk betul la assignment kali ni. Dahlah Prof Yusuf tadi ajar aku tak faham loghat dia. Dah la assignment lain pun banyak juga. Pengsan la aku macam ni. Dapat pula satu group yang tak supporting langsung.” Amy membebel. Aku yang sedang menyiapkan assignment berpaling memandang Amy.

“Ala aku faham kalau kau tak faham Prof Yusuf tu cakap. Loghat dia bercampur dengan english memang la jadi macam tu. Pasal group, aku tak boleh tolong apa-apa lah. Nak tak nak kau kena group dengan mereka juga kan. Betul tak?”

“Betul..betul…betul…”
Tergelak besar aku apabila Amy mengungkapkan perkataan itu dengan gayanya mengangguk laju. Amy…Amy…

“Budak-budak lain mana? Senyap je.”

“Ima biasa la busy. Assistant perdana menteri tu. Kalau tak meeting, dia keluar dengan kawan-kawan dia dari Adventure Club. Mestilah selalu tak ada kat bilik. Miza pula tu dalam bilik tengah membuta. Biasa la dia uzur, sedaplah dia tidur. Azan pun dia tak dengar.”

“Ooo…Kau tak ada jumpa dengan buah hati kau ke hari ni?”

“Buah hati? Siapa?” berkerut dahi ku.

“Siapa lagi. Imran la.” Amy tergelak kecil.

“Banyak la kau buah hati. Imran buah hati aku? Tolong lah. Bukan kau tak tahu dia tu macam mana. Playboy. Aku tak nak lelaki macam dia. Aku nak yang sedap mata aku memandang, pakai cermin mata, putih, baik, happy dan yang penting beriman. Semua ciri yang aku nak tak ada langsung pada Imran.”

“Eleh…sekarang memang lah tak nak. Nanti mana tahu sangkut. Siapa yang susah nanti. Akak juga.”

“La kenapa susah pada kau pula?”

“Yela…nanti kau angau kat si Imran tu. Aku juga tempat kau mengadukan. Sikit-sikit Imran…Imran aku rindu pada kau…Marilah sayang kita kahwin lari.”Amy berkekeh-kekeh mengusik Anis. Anis mencapai bantal yang ada berhampiran lalu melemparkan ke arah Amy. Cepat-cepat Amy mengelak. Tergelak besar mereka berdua.

“Mengada la kau. Tolonglah…Dah…dah keluar aku nak buat assignment ni. Menganggu kosentrasi la.” Kalau di layan perangai Amy, sampai bila pun tak habis. Ada je yang dia nak komen. Pantang alpa sikit, habis-habisan dia kenakan aku.

“Yela…ye la…Okeylah, aku masuk bilik. Nak tidur. Mengantuk. ” Amy bangun pergi. Dia sempat memberi jelingan manja pada aku. Aku mengerti makna jelingan itu.

“Oit cik akak. Dah solat asar tak? Kalau nak tidur, solat la dulu.”

“Ye la…ye la…Cik Anis.” Amy berlalu pergi ke compartmentnya di sebelah compartment aku sahaja.

Segera aku mencapai handphone di sebelah laptop. Nombor di keypad aku tekan dua tiga kali. Tertera nama Imran di skrin handphone, segera ku tekan punat hijau di sebelah kiri. Bunyi bip bip berlagu di gegendang telingaku.

“La mamat ni. Kenapa tak angkat pula.” Aku mengeluh. Kenapa la Imran ni tak angkat call aku ni. Entah-entah dia ada kelas kot. Iskh tak kan lah, waktu ni dia mana ada kelas. Aku sudah faham jadual waktunya, senang untuk kami setkan waktu untuk menyiapkan tugasan kami nanti. Aku mendail sekali lagi.

“Hello, who is this?” suara Imran di talian.

“Assalamualaikum, Im. Anis ni. Esok kul 11.30 awak tak ada kelas kan? Esok kita siapkan asignment macro kita boleh tak?” Soalku perlahan.

“Okey. Kul11.30 saya datang. Bye.” Imran memutuskan talian. Iskh mamat ni aku tak habis cakap lagi. Kalut la mamat ni.

************************************

1 comment:

  1. bler nk sambung....nda best....cmni....ai....kna tngu g jwbnya

    ReplyDelete