Thursday, September 10, 2009

PELUANG KEDUA 4

Aku memandang ke dalam almari. Ku selak satu persatu baju yang tergantung. Aku tidak tahu baju yang mana harus ku pakai ke majlis yang di anjurkan oleh kawan papa. Kata papa kawannya itu baru saja pulang dari luar negara setelah menetap di sana selama 10 tahun. Papa sudah pun bertolak ke rumah kawannya. Dia sudah berjanji untuk datang awal. Aku pula akan ke sana bersama Abang Ikram.

“Iskh baju apa yang nak pakai ni? Papa ni pun satu. Kalau nak ajak pun beritahu la awal-awal. Boleh la aku fikir nak pakai baju yang mana.” Anis membebel sendirian.

Matanya terpandang sehelai baju kurung moden yang di belinya. Dia belum ada kesempatan untuk memakainya. Di tenung baju itu. Baju kurung yang di beli di Butik Anggun. Kali pertama memandang baju itu, dia sudah meminatinya. Baju kurung berwarna biru bercorak absrak di hiasi dengan manik dan labuci di hujung lengan baju.

“Assalamualaikum.” Ujar Anis sebaik sahaja dia memboloskan diri ke dalam kereta Honda Civic milik Abang Ikram.

“Waalaikumusslam. Kenapa lama sangat? Penat abang tunggu tau.” Kata Abang Ikram sambil mengidupkan enjin kereta.

“Ala abang ni. Biasalah perempuan lama sikit nak bersiap. Nak mekap lagi. Nak mekap sana nak mekap sini. Abang ni macam tak faham plak.’

“Ye la mekap sana mekap sini tapi kami orang lelaki juga yang letih menunggu orang perempuan siap mekap.”

“Ala abang ni. Macam lagu Imran ajmain tu. Relaku menunggumu, seribu tahun lama lagi…” ujar Anis sambil menyanyikan lagu kegemarannya itu.

“Ha kenapa plak dengan lagu tu?”

“Ye la sampai seribu tahun sanggup tunggu. Tak kan lah beberapa minit nak tunggu pun tak boleh. Bagi la peluang kat perempuan nak mekap dulu. Contohnya ye la teman wanita abang pakai cantik-cantik. Mekap lawa-lawa. Nanti orang puji dia abang juga yang bangga nanti kan kan kan?” ujar Anis sambil memandang ke Abang Ikram.

“Tapi kalau mekap tebal-tebal nanti jadi macam tepung goma. Macam Aziz Satar dalam Seniman Bujang Lapok tu. Putih je mukanya. Macam opera cina dah jadi ye. Eee…tak sanggup abang.” Ujar Abang Ikram sambil mengeleng kepala. Mata kami saling berpandangan lalu tergelak besar.

“Abang ni ke situ pula dia. Abang adik pelik la. Kenapa tiba-tiba papa beria-ria suruh adik datang ke majlis kawan papa? Abang dengan papa pun tahukan yang adik tak suka nak pergi majlis macam ni. Selama ni kalau ada majlis kat rumah pun, adik turun tunjuk muka je. Lepas tu adik duduk dalam bilik je.“ Ujar.

“Abang pun tak tahu adik. Papa yang suruh abang tunggu adik. Abang pergi ni pun sebab ramai Investors syarikat kita datang. Lagi pun mana la tahu nanti, dapat projek baru ke. Kalau tak tunjuk muka, tak elok la kan. Adik pun satu kalau ada majlis bukannya nak ikut. Asyik terperap kat bilik je. Tak nak bergaul dengan orang.”

“Bukan macam tu abang. Adik sedar adik ni siapa.Adik tak layak nak bergaul dengan orang yang setaraf dengan papa, mama, abang dengan Kak Maya. Adik tak nak keluarga kita malu di sebabkan adik. Tambah-tambah lagi mama.” Ujar Anis sambil bermain-main dengan hujung bajunya.

“Kenapa adik cakap macam tu. Kami tak pernah malu dengan adik. Kami semua sayangkan adik. Adik sebahagian dari keluarga kami.” Abang Ikram memandang ke arah Anis. Di tenung sekejap adiknya lalu menumpukan perhatian pemanduannya. Dia lebih rapat dengan Anis berbanding dengan adiknya Maya. Walaupun Anis hanya adik tirinya.

“Adik tahu papa dengan abang terima adik tapi sampai sekarang mama dengan Kak Maya tak pernah cuba nak terima adik. Anis sedar adik siapa kat rumah tu abang. Adik ni orang luar. Menumpang je kat rumah tu.” Air mata bergenang di tubir mata Anis. Di tahan agar tidak mengalir.

“Adik jangan la macam tu. Rumah tu rumah adik juga. RUMAH KITA.” Abang Ikram menekan perkatan rumah kita. Dia mahu adiknya sedar yang dia di alu-alukan di rumah itu.

“Terima ya abang sebab terima adik dalam hidup abang.”

“Adik…walaupun kita adik beradik tiri , abang tetap terima adik. Darah yang mengalir dalam tubuh adik adalah darah yang sama mengalir dalam tubuh abang. Abang tak nak adik ungkit hal ni lagi. Abang tak suka. Adik tetap adik abang di dunia dan di akhirat. Muktamat.” Ujar Abang Ikram. Anis hanya menunduk ke bawah mendengar kata-kata abangnya.

“Man ni la anak aku, Anis.” Ujar Encik Haikal kepada kawannya, Dato’ Syed Norman.

“ Ni anak kau dengan Sarah ke?”
Encik haikal mengangguk.

“Dah besar rupanya. Mirip dengan ibu dia. Dulu waktu terakhir uncle jumpa Anis, waktu tu Anis kecil lagi. Dah cantik sekarang. Anis apa kahabar?”

Aku menyalami tangannya, tanda menghormati orang tua. Rambutnya sudah beruban. Agaknya umurnya sudah mencecah 50an. Gayanya memang ada tanda yang dia adalah seorang tokoh koporat. Wajahnya bersih, tenang bila melihatnya.

“Anis sihat, uncle.”

“Anis buat apa sekarang?” soalnya.

“Anis belajar lagi, uncle.”

“Nanti bila dah habis belajar, kalau Anis tak nak kerja dengan papa Anis. Anis kerjalah dengan uncle.” Ujar Dato’ Syed Norman. Dia memandang ke arah Encik Haikal sambil tersengih.

“Iskh…mana boleh Man. Nanti kalau dia pergi ke syarikat kau. Siapa yang nak uruskan syarikat aku tu. Tak boleh…tak boleh…” ujar Encik haikal sambil menggeleng.

“Aku gurau je lah tapi kalau Anis terima tawaran Uncle apa salahnya,” ujar Dato’ Syed Norman tersenyum ke arah Encik Haikal.

“Anis tunggu kat sini jap ye. Uncle nak kenalkan seseorang dengan Anis. Haikal tunggu jap ye.” Ujar Dato’ Syed Norman lalu mencelah-celah di antara tetamu yang datang. Dia menarik seseorang lelaki yang sedang sibuk melayan sekumpulan perempuan.

“Anis, uncle kenalkan ni Zakuan. Anak uncle. Anis ingat tak dulu Anis selalu bermain dengan dia bila uncle datang rumah Anis dulu.’

Anis teringat kenangannya ketika kanak-kanak dahulu. Zakuan suka membulinya. Pernah Zakauan membuang anak patung pemberian terakhir ibunya ke dalam tong sampah dan menyemakkan biliknya. Akibatnya dia yang di marahi mama.

“Hai, saya Zakuan.” Mata Zakuan melirik ke tubuh Anis. Di pandangnya dari atas ke bawa. Anggun. Desis Zakuan di dalam hati. Dia menghulurkan tangan ke arah Anis.

“Saya Anis.” Ujar Anis sambil membongkokkan sedikit kepalanya. Huluran salam zakuan di biarkan saja. Zakuan yang mengerti tindakan Anis, menarik semula huluran tangannya.

Anis meluat dengan cara Zakuan memandangnya. Cara Zakuan memandangnya membuatkan dia rimas. Cucuk mata karang baru tahu. Anis berkata di dalam hati. Entah kenapa kali pertama dia melihat lelaki ini, dia sudah tidak sukakannya. Ada sesuatu yang Anis tidak suka tentangnya.
**********************

No comments:

Post a Comment