Thursday, September 10, 2009

PELUANG KEDUA 3

Aku ke rumah papa di Proton City pada cuti semester universiti. Sesungguhnya berat benar hatiku untuk pulang ke rumah ini. Desakan papa yang menyuruh aku pulang ke rumah walaupun aku lebih menyukai menghabiskan masa cutiku di universiti. Bukannya aku tidak merindui papa tapi aku tidak mahu papa dan mama berselisih faham hanya di sebabkan aku.
Berdiri di hadapan rumah ini membuatkan diriku bercelaru dan keliru. Teksi yang menbawa aku ke sini pun sudah berlalu pergi. Aku tidak pasti sama ada hendak menekan loceng atau berlalu pergi saja. Namun dalam aku termangu-mangu, pintu pagar tiba-tiba terbuka secara automatik. Kelihatan papa dan mama di muka pintu. Aku terpaku di situ, hanya memandang papa menghampiri aku. Mama hanya menunggu di muka pintu. Mungkin dia tidak senang dengan kehadiranku.

Aku menyalami dan mengucup tangan papa. Tatkala tanganku menyentuh tangannya, rasa sebak menyelubungi dadaku. Aku terlalu rindukan papa. Selama ini gambar papa yang menemaniku di saat aku rindukan papa. Aku menuruti langkah papa menuju ke dalam rumah. Aku bersalaman pula dengan mama tetapi salamku hanya di tepis begitu sahaja. Jelas di riak wajahnya tidak menyenangi kehadiranku. Papa hanya memandang saja kerana dia sudah mengerti bagaimana layanan mama pada aku selama ini. Sudah banyak kali papa menasihatkan mama tapi sikap degil mama membuatkan papa tidak boleh buat apa-apa lagi.
S
elama ini aku merasa terlalu asing di rumah ini. Ada pepatah mengatakan rumaghku syurgaku tapi tidak bagi aku. Aku lebih selesa berada di mana-mana asalkan bukan di rumah ini.

“Papa tak kerja hari ini?” Soalku sambil memandang papa.

“Entahlah..Papa rasa macam ada orang jauh nak datang…sebab tu papa tak pergi kerja.”
Rasa hiba menyelubungi hatiku setelah mendengar kata-kata papa. Sebegini sayu dan sebegini dekat dengan papa. Aku mengalih pandangan ke arah mama. Mata kami saling bertatapan. Aku menatap wajah mama dengan penuh harapan untuk dia mengatakan yang dia juga rindukan aku. Aku sedar yang mama tidak akan mengatakan ayat itu pada aku kerana selama ini mama memang tidak sukakan aku. Benci sangatkah mama pada aku? Besarkah dosaku pada mama selama ini?

“Anis pun satu. Nak balik sini tak bagitahu papa pun. Kalau tak, boleh papa suruh Pak Mat ambil Anis di universiti.”

“Eh…tak perlu la papa. Anis boleh balik sendiri. Anis dah biasa pun.”

“Ala dia dah besar, abang. Dia tahu la macam mana nak balik ke sini. Buat apa nak suruh Pak Mat ambil dia. Dia dah besar panjang. Pandai la dia jaga diri dia.” Sedih hatiku setelah mendengar kata-kata mama. Aku memandang ke arah papa. Dia hanya memberi isyarat lirikan mata supaya aku bersabar. Selama ini aku selalu di beza-bezakan. Waktu Abang Ikram belajar dulu di UK, tiap-tiap bulan mama menyuruh Abang balik. Sampai tiket kapal terbang yang mahal itu pun, mama sanggup belikan. Pak Mat pun di suruh ambil Abang Ikram di KLIA. Hendak di bandingkan universiti Abang dengan aku, jauh lagi Abang.

“Macam mana belajar? Ok?” Aku tersentak lalu mengalihkan pandangan ke
arah papa.

“Belajar? Baik saja, papa. Erm..”

Mataku melihat ke sekeliling rumah. Rumah elit yang baru saja di diami papa dan mama sungguh cantik di hiasi dengan rekaan ala inggeris. Rekaannya tentu pilihan mama. Papa lebih menyukai rekaan seperti rumah kampung.

“Abang Ikram mana papa? Soalku

“La…sekarangkan waktu kerja. Mana Abang Ikram ada kat rumah. Tambahan pula, dia tengah outstation di Johor Bharu. Esok atau lusa baru dia balik.”

“Alamak..Anis lupa la, papa.”

“Kenapa Anis jarang balik sini? Nak kata KL jauh sangat dari sini, tak lah juga. Sejam saja. Sibuk sangat ke kat universiti?”

“Sebenarnya, Anis sibuk sikit. Banyak assignment dan projek yang Anis kena buat. Tambahan pula tak lama lagi kan, Anis dah nak graduate. Sebab itu jarang balik sini,” Ujarku walaupun itu semua hanya alasan semata-mata. Kebiasaanya waktu cuti semester, aku akan berada di universiti. Kadang-kadang aku ke rumah teman sebilikku, Amy di Kedah. Aku lebih selesa apabila berada di kalangan keluarga Amy. Mereka terima diriku seadanya.

“Papa harap Anis lama kat sini. Selalu la balik ke sini,” Ujar papa bersungguh-sungguh.
Aku memandang ke arah papa. Mencari keikhlasan dari kata-kata itu. Tapi apakah itu hanya harapan papa sahaja? Bagaiman pula dengan mama? Aku memandang mama, berharap mendengar kata-kata yang sama dari mama tapi hampa. Aku tahu semua itu hanya angan-angan aku sahaja.

“Dah la..Anis pergi la masuk bilik dulu. Mandi, solat dan rehat. Nanti kita makan sama-sama. Papa sudah suruh Mak Jah sediakan makanan kegemaran Anis. Daging masak merah.”
Aku hanya menuruti arahan papa. Aku membawa beg galas naik ke atas menuju ke bilikku. Aku memandang ke segenap penjuru bilik. Walaupun bilik ini kecil untuk di bandingkan dengan bilik adik-beradikku yang lain. Tapi ia cantik dan lengkap dengan segalanya. Semua ini tidak bermakna kerana hatiku tiada di sini.
*************************************************************

No comments:

Post a Comment