Thursday, September 10, 2009

PELUANG KEDUA 2

Ketika Anis sedang sibuk melihat gerai yang menjual pakaian, dia terlihat Imran. Kelihatan Imran sedang berbicara dengan kawannya bersebelahan dengan ATM. Anis melangkah menuju ke arah Imran.

“Assalamualaikum.”

Imran menoleh. Riak wajahnya menunjukkan sedikit terkejut dengan kehadiran Anis.

“Waalaikumussalam. Anis kan? Ada pe? Nak malukan saya lagi ke?” ujar Imran dengan nada marah. Marahnya pada Anis belum hilang lagi. Apa yang berlaku tempoh hari bermain-main di fikirannya.

“Bukan…bukan macam tu maksud saya. Saya nak beritahu awak yang awak adalah partner saya untuk siapkan assignment Prof Razak.” Ujar Anis sambil tergagap-gagap. Anis dapat mengagak yang Imran masih marahkannya tentang apa yang berlaku di KLCC tempoh hari.

“Kalau pasal tu saya dah tahu. Prof razak dah beritahu saya.” Jawab Imran sinis.

“Kalau tu bagus lah kalau awak dah tahu. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.’ Ujar Anis sambil berlalu pergi.

“Sebelum tu nak ambil balilk kertas awak ni. Jangan nak tunjuk alim depan saya. Nak tunjuk baik konon. Pergi berambus la,” Ujar Imran sambil mengeluarkan sehelai kertas yang sudah renyuk dari poket seluarnya. Kertas itu di campak ke bawah. Dia melangkah meninggalkan Anis yang terpinga-pinga.

Anis mengutip kertas itu. Ini kertas yang dia bagi kat Imran hari tu. Muka Anis bertukar merah. Geram betul dia dengan Imran. Ada ke patut buang kertas yang mengandungi ayat al-Quran macam tu je. Tak tahu adab langsung.

‘Im, siapa perempuan tu tadi? Dia tu nampak comel la.” Ujar Faid.

“Perempuan tu comel? iskh tolong lah. Bad taste la kau ni. Minah yang nak tunjuk baik tu kau suka.” Ujar Imran sambil memandang geram ke arah kawannya, Faid.

“Ye lah. Kalau nak di compare dia dengan awek-awek kau memang dia kalah tapi aku tak tahu la. Ada something yang menarik pada perempuan tu. Kau tak perasan ke? Aku tengok pun dia budak baik.”

“Apa yang menarik ye. Aku tengok biasa je. Dah la tiap-tiap hari aku nampak dia dengan fesyen dia tu. Baju kurung…baju kurung…baju kurung. Tak ada taste langsung. Aku tak minat la perempuan macam ni.”

“Iskh..perempuan yang pakai baju kurung la bagus. Nampak ayu je. Sejuk mata memandang tau. Nama dia apa ye?” soal Faid.

“Anis.” Jawab Imran bersahaja.

“Iskh sedap ye nama dia. Dah la orang ye comel. Kau kenalkan dia dengan aku boleh tak? Mak aku tentu suka perempuan macam ni. Calon yang paling sesuai untuk di jadikan isteri.”

“Mana kau tahu mak kau suka perempuan macam ni?” Soal Imran dengan nada pelik.

“Dia mak aku. Tentulah aku tahu dia suka perempuan macam mana. Dia mana berkenan sangat dengan pilihan aku dulu. Kau ingat tak bekas teman wanita aku yang namanya Aina? Ingat tak?” soal Faid bersungguh-sungguh.

“Yang mana?” ujar Imran sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

“Yang aku pernah tunjuk kat kau waktu kita kat club hari tu. Yang seksi sangat tu.”

“Ooo perempuan yang seksi tu. Fuh dia memang lawa giler. Kalau aku kenal dia dulu dari kau. Dah lama aku rembat minah tu.”

“Ha yang tu lah. Hari tu aku kantoi dengan mummy aku. Dia terserempak dengan aku kat One Utama. Dah la waktu tu aku dengan minah tu. Menjeling mummy aku kat aku. Dia langsung tak tegur aku. Aku dah kecut perut dah waktu tu. Balk rumah mummy aku berleter habis dekat aku. Marah betul dia kat aku.”

“Dah tu apa yang terjadi?” soal Imran sambil menunjukkan riak wajah yang dia mahu tahu apa yang berlaku seterusnya.

“Apa lagi mummy suruh aku putuskan hubungan aku dengan minah tu. Dia cakap perempuan macam tu tak boleh di jadikan isteri. Time tu lah dia beritahu aku perempuan macam mana yang dia suka. Semua ciri-ciri tu ada pada kawan kau tadi tu. Kau kenalkan Anis tu kat aku.”

“No…No…kalau kau nak kenal kau siasat sendiri. Aku tak nak masuk campur. Kau compare la diri kau dengna dia. Andai kata dia budak baik, nak ke dia kat kau yang jahat ni,” Ujar Imran sambil berlalu pergi. Malas dia nak melayan Faid.

“Hoi…Imran tunggu la. Sampai hati kau cakap aku jahat.” Faid mengejar Imran dari belakang.
****************************************************

1 comment: