Thursday, September 10, 2009

PELUANG KEDUA 1

“Okey, this is the end of our class today. Next class we will proceed to next chapter. I hope you will read that chapter. About our group assignment, I hope everyone already have their own partner. If you need anything, please come at my room during my consultation hour. You all may disperse.” Kata-kata Prof Razak mengakhiri kuliah kami petang itu.

Aku segera mengemas alat tulis dan buku di atas meja. Aku dah berjanji dengan Amy untuk teman dia ke KLCC. Kalau tak di temankan nanti merajuk pula. Takut nak keluar sendirian, bahaya katanya. Tapi benar apa yang di katanya. Sekarang macam-macam perkara boleh jadi. Pukau, ragut dan rogol. Iskh bahaya betul dunia sekarang.

“Anis! Can I talk to you for a while.” Aku menoleh. Kelihatan Prof Razak sedang berdiri di depanku. Aku mula merasa perasaan yang tidak enak. Apa yang Prof nak, aku ada buat salah ke. Macam-macam yang bermain di fikiranku.

“Ya Prof. Ada apa yang saya boleh bantu?” Ujarku.

“Yes, you can help me. Regarding to group assignment, saya nak awak dengan Imran berkerjasama dalam menyiapkan assignment tu. Boleh tak?”

“Saya dengan Imran? tapi…”

“Why? There are anything wrong if awak satu group dengan dia?” soal Prof.

“No…No…bukan macam tu Prof. “

“Saya tahu apa yang awak fikirkan. Saya tahu Imran tu macam mana. He is very smart boy actually. He just lazy. So saya nak orang macam awak untuk push dia. Awak seorang pelajar yang berdedikasi. So saya nak awak tolong dia. Awak tahu kan yang ini kali ke tiga dia ambil subjek ni. Kalau dia gagal lagi, dia akan dibuang universiti. So saya tak nak any my students fail. ”

“Saya tahu pasal hal tu. Tapi saya tak berapa kenal dengan dia. Saya takut nanti ia akan menjejaskan kualiti assignment saya nanti.”

“Nanti awak akan kenal dengan dia bila dah sama-sama buat assignment ni nanti. Anis, I just can count on you regarding this matter.” Ujar Prof Razak dengan bersungguh-sungguh. Ala kalau aku tolak nanti, akan mengecewakan Prof pula. Memang la sekarang aku tak tahu siapa yang akan aku pilih untuk jadi partner aku dalam assignment ni. Aku tak expect yang Prof Razak nak jadikan Imran partner aku. Datang kelas pun jarang-jarang. Boleh kira tiap minggu berapa kali dia datang kelas. Sekarang Prof nak aku satu group pula dengan dia.

“Erm…tapi kalau dia tak tolong saya siapkan assignment tu macam mana Prof? Itu je yang saya risaukan.”

“Itu awak jangan risau. Itu biar saya cakap pada Imran nanti. He must help you whether he like it or not. Sekarang saya nak awak setuju dengan cadangan saya.”

“Kalau macam tu, saya ikutkan je cadangan Prof as long as it doesn’t effect my mark.”

“You don’t need to worry about that. I assume that you agree with my suggestion.”

“Yes Prof.” aku hanya mengangguk tanda setuju dengan permintaan Prof untuk gandingkan aku dengan Imran dalam satu kumpulan.

“Ok, you may go.”
********************************************************************

“Anis cuba kau tengok pasangan kat hujung sana tu.” ujar Amy sambil menunjuk ke arah hujung sudut berhampiran dengan kedai yang menjual pakaian. Kelihatan sepasang kekasih sedang berpeluk-pelukan tanpa mengambil kira pandangan orang sekeliling.

“Iskh, tak malu betul la dorang tu. Buat sakit mata je. Dorang tu tak tahu malu ke. Berpeluk depan orang ramai. Tak tahu agama ke dorang ni. Kau tengoklah perempuan tu, pakai baju pun tak cukup kain. Seksi giler. Aku ni pun bukan la alim sangat tapi tahu juga batas agama antara lelaki dan perempuan.” Amy membebel sambil memandang ke arah pasangan itu dengan pandangan menyampah.

“Nak buat macam mana Amy. Aku rasa dorang tahu semua tu tapi di abaikan asalkan ke hendak hati dapat di tunaikan. Bagi aku la dari kita membebel, lebih baik kita lakukan sesuatu daripada hanya bercakap kosong, Bagitahu apa yang dorang buat tu salah. Dari kita bercakap je, tak berguna juga kan.”

Kadang-kadang Anis tak faham dengan sikap segelintir masyarakat sekarang. Mereka lebih suka menyuarakan tanpa mengambil apa-apa tindakan. Baginya ia tidak akan mengubah apa pun. Lebih baik kita melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah. Jika mengatakan sesuatu sambil mengambil tindakan, itu berbeza pula.

“Kita pergi tegur pasangan tu nak tak?” usul Anis.

“Iskh, aku tak berani. Jangan cari masalah la Anis.”

“Ala kita bukan nak cari gaduh pun. Kau ikut je aku. Kau tak perlu buat apa pun.” Ujar Anis sambil menarik tangan Amy. Dia mekakukan badannya. Anis menarik berkali-kali tangna Amy.

“Jomlah. Jangan risau tak ada apa yang akan berlaku.”
Amy menggeleng.

“Kalau tak nak ikut, tunggu kat sini sampai aku datang.” ujar Anis lalu melangkah ke arah pasangan itu.

Amy hanya memandang Anis yang sedang berlalu pergi. Dia risau jika sesuatu yang buruk akan terjadi. Dia faham benar dengan sikap Anis. Kalau dia mahu melakukan sesuatu dia akan lakukan juga.

Semakin mendekati pasangan itu Anis seperti mengenali lelaki tersebut. Dia seperti salah seorang teman sekelasnya. Siapa namanya…ah lupa la pula. Anis mengeluarkan sesuatu dari poket beg tangannya. Sekeping nota kecil berwarna putih di serahkan kepada lelaki tersebut. Ketika memberikan kertas itu Anis mengamati lelaki itu. Sah itu Imran. Lelaki yang bakal menjadi partner dalam menyiapkan assignment Prof Razak. Setelah memberi salam, Anis menyerahkan kertas itu lalu berlalu menuju ke arah Amy yang sedang menunggunya.

Imran terpinga-pinga apabila melihat Anis sebentar tadi. Dia tak menyangka yang dia akan berjumpa dengan Anis di sini. Sudah lah dia tidak menghadiri kelas Prof Razak sebentar tadi. Iskh minah ni kacau daun betul la. Di bukanya helaian kertas itu.

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” – (An-Auur : 30-31).

Terkedu Imran tatkala membaca kandungan helaian kertas itu. Walaupun Anis hanya memberikan sekeping kertas tapi isi kandungannya betul menyedarkan Imran. Cara yang di gunakan adalah cara halus tapi betul menampam keegoan Imran. Ah perempuan ni memalukan aku saja. Pasangannya hanya terdiam tatkala membacanya. Malu betul dengan Melissa. Dah lah ini kali pertama dia keluar dengannya, di malukan pula.
***********************************

No comments:

Post a Comment